Mesej kepada editor


Diterima pada: 07 Oktober 2006
Author:Shukri Salleh
Email: shuk_waja@yahoo.com

 

Gamis! Beware, you’re been watching!- Jamis

Sedutan daripada artikel Ida (Kampus Negara) yang membuat pendedahan berani, membezakan siapa GAMIS dan siapa JAMIS, dengan tujuan agar mahasiswa tidak terkeliru dengan label baru keluaran UPM ini. Saya tertarik untuk menulis lagi.

Sebagaimana GAMIS, mempunyai stand yang kukuh dan bertapak di UM, manakala JAMIS pula di UPM.

Mungkinkah disebabkan artikel saya yang tersiar sebelum ini di IdealisMahasiswa.net (21 Sept. 2006), 2 minggu lebih setelah itu, pihak KampusNegara.net melalui karangan Ida (pada 16 Okt. 2006), mereka (side pembangkang - GAMIS) seumpama telah mula terhantuk dan terngadah, dan terkapai-kapai, barulah bertindak untuk membuat follow up.

Sayangnya, sudah terlambat. Dengan usaha JAMIS, ‘mereka’ telah menang besar kerana telah menutup mata mahasiswa pembangkang terhadap perjuangan GAMIS. Mahasiswa pembangkang kini beralih kepada artikel-artikel yang tersiar dalam IdealisMahasiswa.net.

Karakter JAMIS yang bersifat hidden body dan terlalu virtual, dengan beraninya telah membongkar siapakah GMM a.k.a SMP, dan dengan terlalu mudah, perjuangan GMM berkubur di tangan JAMIS.

Tahniah saya ucapkan kepada JAMIS, dan mungkinkah suatu masa nanti; GAMIS akan tewas juga di tangan JAMIS UPM? Mudah-mudahan, Amin....

Saya, dan juga para peminat politik kampus yang lain, tertanya-tanya, siapa di sebalik tabir JAMIS yang bersifat atas pagar, samada ‘mereka’ ini side aspirasi, atau side pembangkang? Kerana kemusykilan, ‘mereka’ menggunakan title mahasiswa Islam dalam ‘parti’ mereka.

Apa-apa pun, saya selaku pemerhati politik kampus yang kerdil, mengharapkan agar lebih banyak lagi pahlawan aspirasi yang muncul seperti JAMIS UPM untuk memeriahkan lagi arena politik kampus ini.

Pesanan saya buat GAMIS; Beware, you’re been watching!

Wassalam.

SHUKRI SALLEH,
Serdang, UPM.

 

 

Ingin mengemukakan pandangan/komentar tentang kampus mailkan mengunakan form hubungi editor

 


 

Hit
[ ]