Mesej kepada editor



Diterima pada: 25 Julai 2006
Author: GM2
Email: gm2merdeka@yahoo.com


Kes Pukul di UPM : Provokasi dan Pencerobohan


Oleh: Geng Menyokong Manaf (GM2)

Pertubuhan haram kampus, Gerakan Mahasiswa Maju (GMM) UPM bikin gempar lagi. Tanpa kebenaran pihak berkuasa Universiti dan kolej, pertubuhan haram itu telah membuka kaunter kecil di kafetaria Kolej 12 & 14 dan 15 & 16 UPM pada 11 Julai, 16 dan 17 Julai 2006.

Kaunter haram yang dibuat pada 11 Julai itu tidak mendapat sambutan daripada warga mahasiswa. Kaunter yang tidak nampak seumpama kaunter itu terus dibuat pada 16 dan 17 Julai. Melihat ketiadaan sambutan daripada pelajar, penganjurnya terpaksa membuat pendekatan lain khususnya untuk mencari simpati, dan meraih political mileage.

Bagai diberi betis hendakkan peha, kaunter yang dibuka menjelang maghrib 17 Julai telah diminta tutup oleh pihak kepimpinan yang dipilih dan pihak keselamatan. Namun mereka enggan beredar. Walaupun sudah diminta bersurai oleh pihak keselamatan namun sikap angkuh dan ingkar penganjur telah menimbulkan penglibatan sekumpulan pelajar yang baru sahaja pulang daripada bermain ragbi.

Insiden 17 Julai itu telah dimanipulasi oleh pertubuhan haram itu sebagai 'keganasan perkauman' dengan pelbagai dakwaan yang luar biasa dicanang di instrumen propaganda pembangkang.

Foto: Pihak keselamatan sedang menyoal siasat pelajar USM yang menjadi salah seorang master-mind, merancang perbalahan di UPM. Pelajar ini bernama Lee Huat Seng, bekas MPP USM 2004/05. Pelajar ini telah digantung sebagai MPP selama satu tahun kerana berdemonstrasi haram di USM, Pulau Pinang. Pelajar Ini juga merupakan Setiausaha Biro Antarabangsa DEMA. Mengapa pelajar USM menjadi master-mind dan membuat kecoh di UPM?

Tektikal politik provokasi GMM seharusnya diberi perhatian sepatutnya kerana pendekatan jahat itulah yang telah membakar suasana. Apakah dengan angkuhnya mempertikaikan locus standi YDP MPMUM yang dipilih dan diiktiraf itu tidak berbaur provokatif? Apatah lagi GMM itu bukan sahaja tidak mendapat kelulusan pihak berauthoriti, GMM sendiri itu adalah pertubuhan HARAM!

Tidakkah tindakan GMM itu sebenarnya adalah satu pencerobohan! Jelas sekali bahawa hanya dua tiga pemuka sahaja adalah pelajar berdaftar UPM, kebanyakannya adalah 'orang asing' yang mencurigakan!

Maka, apa yang boleh disimpulkan daripada indiden tersebut, provokasi dan pencerobohan itu sememangnya dirancang dan terancang oleh pihak luar dan GMM itu adalah sebahagian daripada organ menjayakan perancangan jahat mereka, dibantu pula oleh sekumpulan mereka yang mendakwa wartawan, berkamera video di pelbagai sudut. Visual inilah dijadikan 'pembuktian' untuk menjayakan justikasi jahat mereka. Detik rundingan, tolak ansur dan budi bicara pihak kepimpinan UPM, dan keselamatan tidak ditunjukkan langsung.





Ingin mengemukakan pandangan/komentar tentang kampus mailkan mengunakan form hubungi editor




Halaman Utama

 

 

Hit
[ ]