Mesej kepada editor
Diterima pada: 6 Julai 2005
Name: Maharaja Zhou
Email: maharaja_zhou@yahoo.com
Strategi
PMI Menawan Kembali UM
Keadaan PMIUM buat masakini tidak ubah seperti PMI 10 tahun
yang lalu. PMIUM ketika itu dipimpin oleh Sdr. Muhyiddin
Abdul Aziz. Dua tahun kiranya beliau memegang jawatan
Presiden PMI ketika itu sebelum digantikan oleh Abu Zaki
Ismail.
Sekarang, PMI sedang menyusun strategi untuk
menawan semula kampus. Pelbagai taktik sedang dilaksanakan
untuk mencapai agenda mereka. Adakala, strategi mereka dianggap
yang paling canggih dan terhebat dan sesuai diaplikasikan
sebagai yang terhebat di pasaran.
Bagaimanapun wajar kita lihat samada perancangan
mereka akan membuahkan hasil:
Bimbingan Senior Yang Baru Tamat
Kebanyakan senior PMI terutamanya dari Akademi
Pengajian Islam, belum lagi beroleh pekerjaan. Masing-masing
berharap bantuan kerajaan Barisan Nasional dalam bentuk KPLI
ataupun mengharapkan tiba-tiba wujud "bank islam"
baru untuk menampung mereka yang masih tidak lagi bekerja.
Oleh itu, aktiviti "past time" mereka
bolehlah dihabiskan untuk melatih saki baki anak usrah mereka
di kampus dengan program bawah tanah mereka. Mereka ini terlibat
merangka kertas kerja dan menyusun strategi buat anak-anak
usrah mereka yang makin hilang tulang belakang tersebut.
Dengan bantuan senior mereka ini, mereka berharap,
seni tempur piliharaya kampus dapat mereka kuasai dengan memperlekehkan
kemampuan aspirasi yang baru setahun jagung memegang kuasa.
Bantuan dari Dewan Pemuda PAS
Keyakinan mereka bertambah dengan bercambah
lagi senior-senior mereka memegang jawatan di dalam Dewan
Pemuda. Perlantikan Nazri Chik sebagai AJK Dewan Pemuda
serta kerapatan Ridwan Mohd Noor yakni Ketua Pemuda
PAS Wilayah Persekutuan dengan bekas-bekas pemimpin PMIUM
memberikan satu impak baru kepada gerakan bawah tanah pembangkang
tersebut di kampus.
Begitu juga dengan perlantikan Hafeez Abdul
Samad bekas Presiden PMU dokongan PMI sebagai pegawai
khas PAS di Taman Melewar, bakal mewarnai senario politik
kampus UM.
Anak-anak usrah PMI tentu sekali mengharapkan
campurtangan dari senior-senior atau lebih tepat lagi bekas
naqib mereka terutamanya dari segi bimbingan, motivasi dan
tentu sekali kewangan. "Derma Jihad" sudah pasti
akan dikumpul dari senior-senior mereka, dan ia sudah pasti
mencecah ribuan terutamanya bantuan dari YB-YB PAS Kelantan.
YB Husam tentu sekali akan membantu PMI
dalam mendominasi kampus-kampus tersebut setelah hampir 8
tahun memerintah. Wang mencurah-curah sudah pasti tiba gerangan
mahu menunjukkan bahawa anak muda mula terpengaruh dengan
"kehebatan" barisan kepimpinan PAS yang baru. Apatah
lagi, kampus UM, bumi keramat gerakan mahasiswa mesti dijadikan
sebagai perintis kepada kejayaan kepimpinan baru PAS.
Perangkaan Aktiviti Bawah Tanah Yang Tersusun
Program bawah tanah akan terus disusun. Strategi
mengelabui pihak berkuasa aktif dilakukan. Bersembunyi di
sebalik purdah Islam Hadhari akan menjadi agenda utama. Namun,
pihak Islam Hadhari kampus sudah pasti akan berjaga-jaga.
Markas-markas PAS luar bandar di sekitar Selangor,
bakal menyaksikan tentang berbondong-bondong saki baki pengikut
PAS kampus merangka agenda. Malang sekali, pihak keselamatan
dan HEP masih buta dan bodoh akan hal ini. Padahal, perkara
ini berlaku lebih dari 23 tahun.
Menggunakan Balai Islam sebagai Umpan
Balai Islam akan digunakan sebagai markas. Walaupun
surau-surau "dikawal rapi", tetapi hakikatnya ia
hanyalah umpama menara tidak berkawal.
Penyelia yang bertugas menjaga Balai Islam terus
tidur,tidak mempedulikan aktiviti di surau. Akhirnya, golongan
bawah tanah ini akan mengadakan program menarik perintis baru
selepas minggu suai kenal melalui ceramah-ceramah oleh "senior-senior"
surau dari golongan PMI.
Acara "keluar" ala tabligh yang mobil
akan diaplikasikan untuk menarik sasaran setelah usrah diharamkan
di kolej-kolej. Tetapi, disebabkan "pertahanan"
kolej yang sangat utuh, PMI boleh menarik mahasiswa baru dari
kunjungan-kunjungan ini.
Di fakulti terutamanya API, PMAPIUM, akan mula
menyucuk jarum. HEP juga perlu memantau persatuan-persatuan
di fakulti lain seperti ASMUM (Sains), AKIUM (Kejuruteraan),
PSIPUM(Perubatan) dan lain-lain agar tidak bersetongkol dengan
elemen PAS di kampus. Mereka akan masuk bukan sahaja melalui
pelajar tetapi juga melalui pensyarah bekas PMI.
Pelbagai strategi dan tipu helah PMI telah dirangka.
Cumanya, samada pihak aspirasi boleh menghidu atau tidak dan
mampu bertindak.
Malang sekali, jika perancangan PAS secara langsung
dibiarkan HEP. Jika HEP menganggap sekadar ceramah pro-kerajaan
(BTN dan sebagainya) sehari dua mampu menyelesaikan masalah
brainwash pelajar oleh PAS, maka ini kerja mereka yang
pemalas dan sia-sia. Tugas utama keselamatan dan HEP adalah
untuk menghapuskan anasir subversif dalam bentuk aktiviti
bawah tanah.
Selagi mana HEP terus dengan syok sendiri dengan
ceramah-ceramah tersebut, ia bakal memakan diri sendiri.
Ingin mengemukakan
pandangan/komentar tentang kampus mailkan mengunakan form
hubungi editor